Selasa, 11 Februari 2014

Saya akan melengkapkan blog saya dengan kebanyakannya video yang berkaitan dengan nasyid ... Dengan ini, anda semua akan dapat meneliti atau menghayati kisah-kisah di dalam nasyid tersebut dengan mudah dan faham ..

Itu sahaja yang ingin saya sampaikan pada hari ini ... Sekian, terima kasih .. :)

Hijjaz Rasulullah

Selawat Junjungan-In-Team

Isnin, 13 Januari 2014

Nama Malaikat Serta Tugasnya

        Assalamualaikum dan salam sejahtera ...  
Pada hari ini saya akan memulakan catatan saya dengan menceritakan tentang  malaikat ...

PENGENALAN 

Malaikat ialah hamba Allah S.W.T yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat . Mereka tidak berjantina , bersuami isteri , tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak . Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. 

Di bawah ini merupakan senarai nama Malaikat yang wajib dipercayai .

NamaArabTugas
Jibrailجبرائيل/جبريلMenyampaikan wahyu Allah.
MikailميكائيلMenyampaikan / membawa rezeki yang ditentukan Allah.
IsrafilإسرافيلMeniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat
IzrailعزرائيلMencabut nyawa.
MunkarمنكرMenyoal mayat di dalam kubur.
NakirنكيرMenyoal mayat di dalam kubur.
RidhwanرضوانMenjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
MalikمالكMenjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
RaqibرقيبMencatat segala amalan baik manusia.
AtidعتيدMencatat segala perlakuan buruk manusia.

Beriman Dengan Ijmali 

-percaya akan wujudnya malaikat yang lain selain daripada sepuluh malaikat yang wajib diketahui tersebut dan wujudnya beberapa malaikat lain yang tidak diketahui berapa bilangannya melainkan Allah. 
-Antara malaikat yang wajib diketahui secara ajmal ialah malaikat pemegang atau yang menanggung Arasy iaitu empat malaikat dan pada hari akhirat akan ditambah sebanyak empat lagi menjadikannya lapan malaikat penanggung arasy. Juga diketahui akan wujudnya malaikat penjaga manusia atau Hafzah.Ia juga sering digelar Qarin. Qarin turut wujud dalam bentuk syaitan. 

Berikut merupakan malaikat lain selain daripada 10 yang wajib diketahui ialah:
 
~ Malaikat Zabaniyah - malaikat penyeksa didalam neraka yang banyak bilangannya sehingga ada riwayat            menyebut bilangan mereka sehingga 70,000.

~ Hamalatul Arsy - empat malaikat penanggung Arasy Allah (pada hari kiamat jumlahnya akan ditambah empat      menjadi lapan)

~ Malaikat Rahmat (kitab Daqoiqul Akhbar)

~ Malaikat Kiraman Katibin - pencatat amal baik dan buruk

~ Malaikat Harut dan Marut

Dalam Islam, Iman kepada malaikat adalah salah satu Rukun Iman. Beriman kepada malaikat adalah percaya dan membenarkan dengan hati bahawa malaikat Allah SWT benar-benar wujud. Malaikat bersifat ghaib, tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi dapat diketahui dan difahami secara majaz(metafora), seperti adanya wahyu yang diterima oleh para nabi dan rasul. Para nabi dan rasul menerima wahyu melalui perantara malaikat Allah SWT.

SEJARAH MALAIKAT 

Malaikat telah lama wujud atau diciptakan sebelum kewujudan Adam sebagai manusia pertama. Malah, malaikat juga yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk mengambil tanah di bumi untuk dijadikan acuan kepada penciptaan Adam.Malaikat pertama yang diutuskan Allah s.w.t untuk mengambil tanah adalah Jibril kemudian Mikail namun kedua-duanya gagal dan pulang ke hadrat Allah s.w.t kerana tanah menangis memohon agar tidak mengambil mereka sebaliknya mengambil bahan-bahan lain untuk dijadikan manusia.Kemudian Allah s.w.t mengutus Izrail,dengan taat dan tanpa menghiraukan tangisan tanah,maka Izrail merentap mereka dan membawanya kepada Allah s.w.t.Sempena peristiwa ini Allah s.w.t telah melantik Izrail sebagai malaikat pencabut nyawa-"Malaikatul Maut".Tugas ini ditolak Izrail kerana sekiranya manusia akan mengutuk serta membencinya namun Allah s.w.t memberi jaminan kepada Izrail dengan menjadikan setiap maut pasti ada penyebabnya agar Izrail tidak dipersalahkan.

Khamis, 7 November 2013

Salam Perkenalan....

Assalamualaikum....saya merupakan blogger baru yang meminati dalam bidang tersebut...Semoga anda dapat ilmu dan dapat dikongsikan bersama.....